Wednesday, March 6, 2013

Isu Palestin isu bersama



As salam

Sekian lama blog tak update. Kesibukan dan kelapangan silih berganti menjelma..permulaan tahun baru 2013 tidak seperti biasa… cabaran demi cabaran perlu diharungi.
Mengeluh? Tipu la kalau tak mengeluh. Penat mental dan fizikal dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Berputus asa? Tidak sama sekali. Kehidupan kalau takde aral dan dugaan ibarat jalan kat highway yang ‘straight’ je. Tak mencabar langsung.
Banyak benda yang dapat belajar untuk tahun ni. LARIAN MESRA & KOT. Dua benda besar yang menyebabkan hidup seluruh semester 5 tunggang terbalik.
Raptai, latihan persembahan dan banyak lagi. Penat? Sudah semestinya. Namun, sedar atau tidak kepenatan yang kita lalui ini baru sedikit  jika dibandingkan kepenatan rakyat Palestin yang sabar menunggu hampir 60 tahun untuk membebaskan tanah air mereka bebas dari dinodai dari ISRAEL Laknatullah.

            Tetiba jauh di sudut hati ingin berbicara soal Palestin. Sebuah negara yang menjadi salah satu tempat suci bagi umat Islam. Sedih dan sakit hati bila lihat rakyat Palestin diperlakukan sebegitu rupa. Bila pikir-pikir balik,  wujudnya Human Rights malahan Animal rights pun ada. Tapi bila hak manusia Palestin dicabuli, takde sapa nak tegakkan Human Rights di Palestin.

            Kadang-kadang terpikir juga, sampai bila la tanah Palestin itu akan dibebaskan. Itu satu persoalan yang selalu bermain di kepala. Namun, pernah tak kita terfikir dengan keadaan umat islam sekarang yang berpecah-belah, yang tak bersatu dan kucar-kacir ini, kalau Palestin berjaya dibebaskan dari cengkaman ISRAEL. Pasti US takkan berdiam diri untuk memerangi Palestin semula. Maka, perancangan dan strategi akan dibuat dengan lebih teliti. Perciptaan senjata yang lebih canggih akan dibuat mungkin, serangan yang bertindak berani mati akan dijalankan dengan harapan pejuang-pejuang islam akan mati sekaligus.

Oleh itu, Allah sebenarnya sedang menguji bukan sahaja umat Islam Palestin tetapi umat Islam diseluruh dunia untuk sama-sama berjuang demi negara Palestin.
Negara Islam bukan negara yang mundur. Malahan, negara Islam sebenarnya lebih kaya dan mampu dengan hasil masing-masing. Namun, satu masalah utama yang membelenggu masyarakat Islam hari ini adalah kita tak bersatu dan tak berani untuk berjuang.
Andai kata bial tiba saat umat Islam bersatu bersama menentang Yahudi, pasti Palestin kan aman lagi.

Namun, semua itu akan tercapai apabila umat Islam Terislah….(-petikan dr HILAL ASYRAF)
Oleh itu, jom pakat-pakat bantu Palestin… bukan kewangan dan makanan yang dipinta namun sseuntai doa supaya umat Islam akan terus berusaha untuk bersatu.
p/s: doa itu senjata ampuh umat Islam.
Yakin dengan Allah.
~sekian~

No comments: