Thursday, September 26, 2013

M.I.R.R.O.R

salam semua....

uish lama rasanya tak menjengah ke kawasan ni...

but then it is fine and it is normal..student kan~~~

things happen so fast since time flies away...
the facts is time is a gold...

praktikum 2~~

tamat praktikum 2. syukur banyakkkk sangat benda yang dapat belajar and of course it is totally different from 1st practicum. no doubt!

things learnt:

1) some say human is unique and because of the uniqueness, we are special. at first i couldn't really understand the terms but later on, yes i did!
mana tak nya, satu kelas almost 40 students dalam tu, means ada 40 ragam yang perlu dilayani...
weaknesses: im not that good nak layan budak2 yang macam kerenah ni. silap hari bulan.....:-)
 so, kesabaran amat diperlukan di sini..

2) membebel....- memang jadi guru ni automatik kena membebel ke?  susah kalau ad stigma yang macam ni. but then i should say that is not membebel since it is teacher's job to give the moral values for the students. membebel tak semestinya kena guru perempuan. guru lelaki pun ada yang membebel. so it shouldn't be membebel mungkin kemahiran memberi nasihat.

3) planning- kalau 1st praktikum perancangan sememangnya ke laut, but then kali ni, i do satisfied with all the planning walaupun ada satu dua yang ke laut. but it is ok, human being kan...mana ada perfect 100%. as long as we try and accept all the mistakes.

4) buat sorang2 memang tak best. buat ramai2 jugak yang best. like i said humans are different in their own ways. some say the moon is brighter than the sun. some say the moon bright because of the sun.
Homosapiens kan~~~ unique on their own ways....


~~stop dulu.
p/s: esemen berlambak tapi tula manusia bila tersepit baru nak beringat.. (skill memberi nasihat ni)...

                                                

Monday, July 29, 2013

CHALLENGES


Salam..
Everyday is  a new lesson.
Start with fresh day. Think positive no skeptical minded and always think that Allah is always with us..
…………………………………………………………………………………………………………

Practicum phase 2 make me feel the real situation of being a teacher. It is not easy like what people thought. People may seen this as simple as ABC.. but the reality..urghhh!!!!!!!

Case 1: im having a difficulty to understand my students’ feeling
Case2 : im not patience enough to control my student.
Case3: I really cant understanding why they cant really understand what I thought them. I think the lesson is simple.
Case4: the most worst case scenario, I failed in controlling my class  (Im not giving up)


See. ..being teacher is not easy people!

“Teaching is not a work to be done but it is a pleasure.”

                                            

Friday, May 17, 2013

MUDAHKAN SESAMA KITA


Salam semua…
Baru-baru ni, seorang pensyarah kami telah pergi meninggalkan kami semua..

Al fatihah buat allahyarham Encik Aziz dari unit GERKO..

Sedih dan pilu…bila kenang semula kejadian, insiden dan masa sebenarnya janji ALLAH tu amat pasti tak lambat atau cepat walaupun sesaat.

Mungkin ayat ni dah biasa dengar tapi mengalaminya dengan sendirinya seolah-olah memberi kesedaran bahawa semakin meningkat umur ini,, semakin banyak berita kematian yang sering terdengar di telinga..
Ive met with one of GERKO lec. Dye kata pemergian arwah betul-betul terasa.
Tapi satu benda yang sukar dilupakan. My lecture said  hidup ni sebenarnya penuh dengan peraturan dan norma yang sangat adil…

What you give you get back
Life is like a cycle
What goes around comes around..

Kita permudahkan kerja orang, insyaallah hidup kita pun akan dipermudahkan..
Mungkin bukan sekarang, tapi mana tahu saat-saat kita menghembuskan nafas terakhir, Allah permudahkan urusan terakhir kita kan bumi ni…
Kalau terasa orang di sekeliling kita banyak menyusahkan kita sedangkan kita selalu tolong dye.
Its okay! Allah kan ada ---
Saat-saat rasa diri sedih, pilu, takde siapa yang faham, Allah tetap ada. Mintak kat Allah for sure Allah dengar….kan~
-Peace--SEKIAN--
SALAM~~~

Sunday, May 12, 2013

almost there...

salam semua...


tonight such a beautiful night...

sitting in front of my lappy...
typing...blogwalking...
suddenly..


madhi!!!! study!!!!...

opsss!!! i have paper tommorow..
my first paper after all..
tommorow is my first exam which is EDU paper. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN.
quite tough!
words everywhere...
adrenaline need to be generate.


well. chill and relax! tommorow is going to be fine..

tawakal and doa. tu je..
tu je??
cukup ke?


have faith in ALLAH cause HE knows better..

tawakkal tak semestinya kena berserah...
tawakkal after put effort to it!
tawakkal saje tak guna jugak...


so, dear fellas..

GOOD LUCK for tommorow exam..
may Allah ease our journey for tommorow.


p/s:  Harap result cemerlang.... semester 5 doen, 3 more sems to go!.




salam...

Tuesday, April 30, 2013

PRAKTIKUM FASA 1



End of practicum phase 1~~

Kalau ada yang kata praktikum fasa 1 sangat membosankan, mereka tipu…
Kalau ada yang kata praktikum fasa 1 sangat best, mereka juga tipu….
Hakikatnya, best atau tidak terpulang pada hemat masing-masing…
But for me, it was the best memories so far…

Macam-macam perkara yang terjadi pada praktikum yang pertama.
Seronok tengok gelagat dan ragam murid yang pelbagai.

1- ada yang tak mau belajar tapi nak main…
2- bila terangkan konsep matematik dye kata faham, tapi bila kita tanya balik, fahama tau tak murid tu jawab dia tak faham - konfius kita……
3- kita suruh buat 5 soalan, rajin la pulak nak buat satu muka surat yang mengandungi 10 soalan.- so, suka hatilah lagi banyak buat kerja lagi bagus….
4- Ada yang asyik nak duduk depan je, walaupun hakikatnya murid tu tak sesuai duduk depan.
5-  macam biasa yang kita suruh senyap, sampai habis waktu la takkan senyap
6- paling takleh blah, nama lain tapi kena panggil dengan gelaran yang lain. kalau tak jangan haraplah nak sahut.



















Konklusinya, murid-murid ini sangat unik dan sangat comel… hati yang keras pun boleh terpaut dengan kecomelan mereka.

Namun, harus diakui nak ajar budak2 ni bukan senang macam kupas kacang.
Sangat susah dan payah.

Pecahan agak susah untuk murid faham dan ingat..yela , dah mereka kurang faham memang susah bagi mereka…

Apa-pun pengalama n kali pertama sangat seronok.
Dapat guru pembimbing yang cool dan sudi memberi tunjuk ajar. Banyak benda yang dapat dipelajari.

Harap2 praktikum 2 dapat buat dengan cemerlang dan dipermudahkan segalanya.

" orang kata, hidup tak semestinya indah . langit tak selalu cerah tapi disebalik kegelapan akan muncul pelangi yang indah"


Sekian~~~

Sunday, March 31, 2013

Fasa I




salam semua dan selamat malam..

susah kalau keinginan yang terpendam tak terluah.
namun, hidup ni kena tenang dan sentiasa bersabar 
sabar tu penting..
tak semua keinginan hati perlu dituruti
kerna mungkin keinginan itu membawa kepaad kemusnahan.
Allah kan ada.
Dia yang terbaik.
mengadu padaNya mesti dapat jawapan.

Diri ni tak la sebaik mana 
Diri ni tak juga se muslimah mana
Diri ni, ilmu pun tak cukup  di dada.

tapi, 
Diri ni sentiasa ingin jadi dai'
Diri ni sentiasa ingin berkongsi pengalaman
kerna

Diri ni percaya pengalaman adalah satu ilmu yang takkan terjumpa dalam mana-mana buku.

oleh itu,
Diri ni akan berusaha untuk jadi yang terbaik
Diri ni akan berusaha untuk timba ilmu.

'SELAMAT BERPRAKTIKUM'


~amin~


Wednesday, March 27, 2013

SATU PERTEMUAN


Memories that never fade away
Farewell IPG TEKNIK KUALA LUMPUR.
3 and the half years,
Tought me a lot
- friendship and hardship
Farewell 2011,
I become more matured in handling things, feelings, and works..
It ‘s not easy when it comes to handle people, works, and feelings at the same time
They  can say whatever they wanna say without knowing the truth…Allah knows more
2011 ,
I’ ve lost one of my best friend ever.  The one who gave me inspiration to stand still, to endure all the pains
May Allah bless you there. I wont forget you my dear friends.
Truthfully,  I miss you a lot…
AL-FATIHAH~~~ 

Tika bibir tidak mampu bersuara
Biarlah tinta menari meluahkan rasa

2011 berlalu meninggalkan seribu satu kenangan..
Syukur kerana masih diberi peluang bernafas menghirup udara segar 2012.
Antara percaya atau tidak, 2011 berlalu begitu pantas. Episod suka dan duka banyak mewarnai dunia.
Menjengah 2012, satu episode yang begitu asing dan terlalu mencabar buat aku.
Anatara percaya atau tidak, aku rasakan kehidupan semakin hari semakin mencabar.
Kadangkala, aku rasakan diriku seperti seorang manusia yang terkapai-kapai seperti bernafas dalam air. Sukar, letih dan penat.
3 gabungan perkataan yang aku rasakan begitu sinonim. Namun, aku harus sedar dan terus tabah dalam melalui denai-denai kehidupan.
Berputus asa??? Tidak sama sekali. Pegangan manusia itu perlu berpaksi pada kepercayaan kepada Allah’

‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Terdetik dalam hati , mengapa perlu untuk berputus asa sedangkan Allah itu penyayang dan pemurah.

                “Kalau nak marah pun, agak-agak la. Kita bukan budak kecik lagi. Sesuka hati je nak tengking-tengking. Menyampah betul aku”. Bentak Liyana sambil mencebik kan muka nya.
 
“ Memang pun. Bajet bagus la tu. Ingat aku kisah sangat dia ketua pengawas?  Kabel aku lagi besar la.
Pergi mampus la si Fatin tu !”. Lantang bersuara Izara meluahkan amarah yang telah lama terpendam.

Derap tapak kaki puan Anisah sudah cukup untuk membuatkan perasaan takut mula menular dalam jiwa kedua insan yang membara amarahnya. Namun, amarah yang membara hanya cukup sekadar diluahkan di mulut. Untuk lantang bersuara tidak sama sekali di hadapan Puan Anisah..

                “ Apa lagi masalah kamu berdua ni? Tak cukup-cukup nak tunjuk samseng ke? Saya dah bosan terima aduan demi aduan tentang kamu berdua. Apa lagi yang kamu nak? Rotan? Denda?. Cikgu rasa kamu dah lalui semua tu. cikgu rasa untuk peluang terakhir ini, kamu akan dikeluarkan daripada sekolah ini”. Luah Puan Anisah. Namun, bagi Liyana dan Izara yang sudah keras hatinya, teguran itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

                “ Kau rasa kita kena buang sekolah ke? Aku takut la pulak kalau kena buang sekolah,  nanti mana aku nak sambung belajar?” Kerisauan mula menjalar dalam diri Liyana.

“ Apa susah, kau jadi je la suri rumah berjaya. Kau kahwin dengan si Farid tu. nanti kau suruh la dia tanggung kau. Dia pun memang tergila-gilakan kau pun. Kau terima la dia. Aku tengok memang dah separuh angau dia dekat kau. Handsome ape dia tu. Kaya pun kaya. Kalau aku, memang aku sambar, belai dia baik-baik. Hidup pun senang”. Terang Izara panjang lebar.

Perlu diakui dengan bermodalkan wajah kacukan, Liyana sememangnya seorang gadis yang cukup sempurna wajahnya. Mata yang galak itu sememangnya boleh membuatkan mana-mana jejaka mudah untuk jatuh hati dengannya. Pipinya yang putih gebu disolek dengan pemerah pipi melengkapkan  lagi kesempurnaan wajah nya itu.

                “Gila! Tak mau la aku. Farid tu kaki perempuan.” Tingkah Liyana.

Nasib kedua pelajar tersebut masih belum diputuskan. Bagi mereka, dibuang sekolah adalah bermaksud rantai kebebasan diputuskan. Tiada lagi rantai yang akan mengikat kakinya. Namun, di sebalik itu, satu agenda rahsia yang telah dirancang rapi oleh Puan Anisah bakal menemui Liyana dan Izara. Agenda di buang sekolah hanya satu muslihat  tersembunyi. Puan Anisah amat berharap suatu hari nanti Liyana dan Izara akan berubah menjadi seorang gadis yang baik.

                “What???, no way. No mom, I won’t go there”. Bentak Izara.
“Please Izara, janganla macam ni sayang, mama buat semua ni untuk kamu jugak. Mama tak mau Izara menyesal di kemudian hari. Come on baby, it just for 2 years. Not more than that. I promise.” Pujuk Datin Zuraidah, ibu kepada Izara. Walaupun seorang wanita yang berkerjaya dan berpangkat, Datin Zuraidah bukanlah seperti kebanyakan datin yang lain. Perwatakannya yang senantiasa merendah diri dan sering menganggap kemewahan yang diperolehi perlu dikongsi dengan orang lain. Namun, tidak bagi Izara, kemewahan yang dinikmatinya sedikit sebanyak menjadikan dirinya lupa bahawa setiap nikmat yang diperolehinya tidak akan kekal lama.

                “Hell no! staying there like a hell. Tolonglah mama, siapa yang hasut mama ni suruh hantar Izara dekat penjara tu? Izara dah besar mama, bukan budak kecil nak diatur hidup macam robot. Bosan hidup macam tu”. Bentak Izara.

“ Izara”.
 “ No mom! I am not going there. this is final”.

Jiwa remaja yang sering memberontak. Itu yang dialami oleh Izara. Keputusan ayah dan bonda untuk mendaftarkannya ke sebuah sekolah asrama penuh elit menyebabkan jiwa remaja Izara memberontak.  Kemewahan, kesenangan dan kebebasan yang selama ini akan hilang sekelip mata.

~~~~ akan diupdate...