Sunday, March 31, 2013

Fasa I




salam semua dan selamat malam..

susah kalau keinginan yang terpendam tak terluah.
namun, hidup ni kena tenang dan sentiasa bersabar 
sabar tu penting..
tak semua keinginan hati perlu dituruti
kerna mungkin keinginan itu membawa kepaad kemusnahan.
Allah kan ada.
Dia yang terbaik.
mengadu padaNya mesti dapat jawapan.

Diri ni tak la sebaik mana 
Diri ni tak juga se muslimah mana
Diri ni, ilmu pun tak cukup  di dada.

tapi, 
Diri ni sentiasa ingin jadi dai'
Diri ni sentiasa ingin berkongsi pengalaman
kerna

Diri ni percaya pengalaman adalah satu ilmu yang takkan terjumpa dalam mana-mana buku.

oleh itu,
Diri ni akan berusaha untuk jadi yang terbaik
Diri ni akan berusaha untuk timba ilmu.

'SELAMAT BERPRAKTIKUM'


~amin~


Wednesday, March 27, 2013

SATU PERTEMUAN


Memories that never fade away
Farewell IPG TEKNIK KUALA LUMPUR.
3 and the half years,
Tought me a lot
- friendship and hardship
Farewell 2011,
I become more matured in handling things, feelings, and works..
It ‘s not easy when it comes to handle people, works, and feelings at the same time
They  can say whatever they wanna say without knowing the truth…Allah knows more
2011 ,
I’ ve lost one of my best friend ever.  The one who gave me inspiration to stand still, to endure all the pains
May Allah bless you there. I wont forget you my dear friends.
Truthfully,  I miss you a lot…
AL-FATIHAH~~~ 

Tika bibir tidak mampu bersuara
Biarlah tinta menari meluahkan rasa

2011 berlalu meninggalkan seribu satu kenangan..
Syukur kerana masih diberi peluang bernafas menghirup udara segar 2012.
Antara percaya atau tidak, 2011 berlalu begitu pantas. Episod suka dan duka banyak mewarnai dunia.
Menjengah 2012, satu episode yang begitu asing dan terlalu mencabar buat aku.
Anatara percaya atau tidak, aku rasakan kehidupan semakin hari semakin mencabar.
Kadangkala, aku rasakan diriku seperti seorang manusia yang terkapai-kapai seperti bernafas dalam air. Sukar, letih dan penat.
3 gabungan perkataan yang aku rasakan begitu sinonim. Namun, aku harus sedar dan terus tabah dalam melalui denai-denai kehidupan.
Berputus asa??? Tidak sama sekali. Pegangan manusia itu perlu berpaksi pada kepercayaan kepada Allah’

‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Terdetik dalam hati , mengapa perlu untuk berputus asa sedangkan Allah itu penyayang dan pemurah.

                “Kalau nak marah pun, agak-agak la. Kita bukan budak kecik lagi. Sesuka hati je nak tengking-tengking. Menyampah betul aku”. Bentak Liyana sambil mencebik kan muka nya.
 
“ Memang pun. Bajet bagus la tu. Ingat aku kisah sangat dia ketua pengawas?  Kabel aku lagi besar la.
Pergi mampus la si Fatin tu !”. Lantang bersuara Izara meluahkan amarah yang telah lama terpendam.

Derap tapak kaki puan Anisah sudah cukup untuk membuatkan perasaan takut mula menular dalam jiwa kedua insan yang membara amarahnya. Namun, amarah yang membara hanya cukup sekadar diluahkan di mulut. Untuk lantang bersuara tidak sama sekali di hadapan Puan Anisah..

                “ Apa lagi masalah kamu berdua ni? Tak cukup-cukup nak tunjuk samseng ke? Saya dah bosan terima aduan demi aduan tentang kamu berdua. Apa lagi yang kamu nak? Rotan? Denda?. Cikgu rasa kamu dah lalui semua tu. cikgu rasa untuk peluang terakhir ini, kamu akan dikeluarkan daripada sekolah ini”. Luah Puan Anisah. Namun, bagi Liyana dan Izara yang sudah keras hatinya, teguran itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

                “ Kau rasa kita kena buang sekolah ke? Aku takut la pulak kalau kena buang sekolah,  nanti mana aku nak sambung belajar?” Kerisauan mula menjalar dalam diri Liyana.

“ Apa susah, kau jadi je la suri rumah berjaya. Kau kahwin dengan si Farid tu. nanti kau suruh la dia tanggung kau. Dia pun memang tergila-gilakan kau pun. Kau terima la dia. Aku tengok memang dah separuh angau dia dekat kau. Handsome ape dia tu. Kaya pun kaya. Kalau aku, memang aku sambar, belai dia baik-baik. Hidup pun senang”. Terang Izara panjang lebar.

Perlu diakui dengan bermodalkan wajah kacukan, Liyana sememangnya seorang gadis yang cukup sempurna wajahnya. Mata yang galak itu sememangnya boleh membuatkan mana-mana jejaka mudah untuk jatuh hati dengannya. Pipinya yang putih gebu disolek dengan pemerah pipi melengkapkan  lagi kesempurnaan wajah nya itu.

                “Gila! Tak mau la aku. Farid tu kaki perempuan.” Tingkah Liyana.

Nasib kedua pelajar tersebut masih belum diputuskan. Bagi mereka, dibuang sekolah adalah bermaksud rantai kebebasan diputuskan. Tiada lagi rantai yang akan mengikat kakinya. Namun, di sebalik itu, satu agenda rahsia yang telah dirancang rapi oleh Puan Anisah bakal menemui Liyana dan Izara. Agenda di buang sekolah hanya satu muslihat  tersembunyi. Puan Anisah amat berharap suatu hari nanti Liyana dan Izara akan berubah menjadi seorang gadis yang baik.

                “What???, no way. No mom, I won’t go there”. Bentak Izara.
“Please Izara, janganla macam ni sayang, mama buat semua ni untuk kamu jugak. Mama tak mau Izara menyesal di kemudian hari. Come on baby, it just for 2 years. Not more than that. I promise.” Pujuk Datin Zuraidah, ibu kepada Izara. Walaupun seorang wanita yang berkerjaya dan berpangkat, Datin Zuraidah bukanlah seperti kebanyakan datin yang lain. Perwatakannya yang senantiasa merendah diri dan sering menganggap kemewahan yang diperolehi perlu dikongsi dengan orang lain. Namun, tidak bagi Izara, kemewahan yang dinikmatinya sedikit sebanyak menjadikan dirinya lupa bahawa setiap nikmat yang diperolehinya tidak akan kekal lama.

                “Hell no! staying there like a hell. Tolonglah mama, siapa yang hasut mama ni suruh hantar Izara dekat penjara tu? Izara dah besar mama, bukan budak kecil nak diatur hidup macam robot. Bosan hidup macam tu”. Bentak Izara.

“ Izara”.
 “ No mom! I am not going there. this is final”.

Jiwa remaja yang sering memberontak. Itu yang dialami oleh Izara. Keputusan ayah dan bonda untuk mendaftarkannya ke sebuah sekolah asrama penuh elit menyebabkan jiwa remaja Izara memberontak.  Kemewahan, kesenangan dan kebebasan yang selama ini akan hilang sekelip mata.

~~~~ akan diupdate...

Wednesday, March 6, 2013

Isu Palestin isu bersama



As salam

Sekian lama blog tak update. Kesibukan dan kelapangan silih berganti menjelma..permulaan tahun baru 2013 tidak seperti biasa… cabaran demi cabaran perlu diharungi.
Mengeluh? Tipu la kalau tak mengeluh. Penat mental dan fizikal dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Berputus asa? Tidak sama sekali. Kehidupan kalau takde aral dan dugaan ibarat jalan kat highway yang ‘straight’ je. Tak mencabar langsung.
Banyak benda yang dapat belajar untuk tahun ni. LARIAN MESRA & KOT. Dua benda besar yang menyebabkan hidup seluruh semester 5 tunggang terbalik.
Raptai, latihan persembahan dan banyak lagi. Penat? Sudah semestinya. Namun, sedar atau tidak kepenatan yang kita lalui ini baru sedikit  jika dibandingkan kepenatan rakyat Palestin yang sabar menunggu hampir 60 tahun untuk membebaskan tanah air mereka bebas dari dinodai dari ISRAEL Laknatullah.

            Tetiba jauh di sudut hati ingin berbicara soal Palestin. Sebuah negara yang menjadi salah satu tempat suci bagi umat Islam. Sedih dan sakit hati bila lihat rakyat Palestin diperlakukan sebegitu rupa. Bila pikir-pikir balik,  wujudnya Human Rights malahan Animal rights pun ada. Tapi bila hak manusia Palestin dicabuli, takde sapa nak tegakkan Human Rights di Palestin.

            Kadang-kadang terpikir juga, sampai bila la tanah Palestin itu akan dibebaskan. Itu satu persoalan yang selalu bermain di kepala. Namun, pernah tak kita terfikir dengan keadaan umat islam sekarang yang berpecah-belah, yang tak bersatu dan kucar-kacir ini, kalau Palestin berjaya dibebaskan dari cengkaman ISRAEL. Pasti US takkan berdiam diri untuk memerangi Palestin semula. Maka, perancangan dan strategi akan dibuat dengan lebih teliti. Perciptaan senjata yang lebih canggih akan dibuat mungkin, serangan yang bertindak berani mati akan dijalankan dengan harapan pejuang-pejuang islam akan mati sekaligus.

Oleh itu, Allah sebenarnya sedang menguji bukan sahaja umat Islam Palestin tetapi umat Islam diseluruh dunia untuk sama-sama berjuang demi negara Palestin.
Negara Islam bukan negara yang mundur. Malahan, negara Islam sebenarnya lebih kaya dan mampu dengan hasil masing-masing. Namun, satu masalah utama yang membelenggu masyarakat Islam hari ini adalah kita tak bersatu dan tak berani untuk berjuang.
Andai kata bial tiba saat umat Islam bersatu bersama menentang Yahudi, pasti Palestin kan aman lagi.

Namun, semua itu akan tercapai apabila umat Islam Terislah….(-petikan dr HILAL ASYRAF)
Oleh itu, jom pakat-pakat bantu Palestin… bukan kewangan dan makanan yang dipinta namun sseuntai doa supaya umat Islam akan terus berusaha untuk bersatu.
p/s: doa itu senjata ampuh umat Islam.
Yakin dengan Allah.
~sekian~