Tuesday, February 8, 2011

D.U.N.I.A B.A.R.U (PART 2)

salam..setelah lama tak mengupdate blog ni..tetibe terasa plak nk sambung cite yg dah terbekanglaia tahun lepass ..uuuii!!!!!!!!! lama sungguh rupanya..nak wat cmne dah takde duit

___________________________________________

****** flashback:

aimi menghadiri parti di sebuah rumah kawannya bersama teman lelaki yang baru dikenali tak sampai seminggu, kris

**********************************************************

sepanjang peninggalan aimi. sakinah hanya mampu menangis. menangis mengenangkan nasib kawannye kini yang sudah jauh menyimpang. Bukan dendam yang harus disimpan, bukan benci yang harus ditanamkan tetapi keazaman yang utuh untuk membantu aimi pulang kepangkal jalan. Namun, kudratnya tidak mampu lantaran diri sendir juga masih terumbang-ambing. Sakinah tetap setia berada di samping sahabat baiknya yang telah dikenalinya sejak dari kecil lagi. mereka pernah bermain bersama, menangis bersama, susah senang mereka bersama, dan disaat ini dia juga tahu bahawa aimi memerlukan sahabat sepertinya. ya, dia harus tabah. Sakinah harus tabah.

'kring,kringgggg,' telefon berbunyi.

hello, assalamualaikum. Sakinah menjawab dengan sopan.

‘Waalaikumusslam, maaf boleh saya bercakap dengan saudari aimi syazwani?.

‘ err… maafkan saya, aimi keluar, boleh saya tahu siap yang berbicara?’. Dengan lembut Sakinah menjawab.

‘ Owh, saya Cuma ingin menyampaikan berita bahawa ibunya terlibat dengan kemalangan di Malaysia. Saya harap saudari boleh menyampaikan berita ini.’

‘ya ALLAH! Baiklah..akan saya sampaikan…

Gagang telefon diletakkan.

***********************************************************

Jam di dinding sudah menunjukkan jam 4 pagi. Namun kelibat aimi masih tidak kelihatan. Sakinah semakin bimbang akan keadaan kawannya.

Kehulu- kehilir tanpa arah tujuan . Tiba- tiba

‘booooommmmmmmmmmmmmm……bunyi dentuman kuat di luar yang mengejutkan Sakinah.

Sekelip mata semuanya gelap pada pandangan mata Sakinah.

***********************************************************

BUAT SAHABAT,

Dikala diri ini mencari sinar kehidupan,

Kehadiranmu kurasakan satu anugerah dari Illahi ,

Aku bukanlah insan sempurna,

Penuh dengan cacat dan cela,

Aku mengharapkan kehadiranmu teman,

Pelengkap dalam hidupku.’

SELAMAT ULANGTAHUN SAHABAT…

Ikhlas dari,

AIMI

‘ aimiii…..’ jerit Sakinah sambil meronta-ronta

‘doctor, there is an emergency here’. Lapor seorang jururawat

‘ok tq..sedate her if necessary’. Doctor memberi arahan di gagang telefon.

Setelah ditenangkan oleh beberapa jururawat khas yang menjaga beliau, Sakianh muali sedar bahawa dia ditempatkan di hospital.

‘ Nurse, what happen to me?’ Sakinah bertanya untuk merungkaikan persoalan yang bermain dibenaknya.

Malangnya, jururawat tersebut hanya melemparkan senyuman manis kepadanya tanpa memberi sebarang jawapan.

Sakinah mengimbas kembali dan tiba-tiba…

‘Ya ALLAH!!! Aimi!!!!’

Dia teringin akan sahabatnya Aimi yang masih belum pulang sewaktu rusuhan besar-besaran berlaku.

‘ excuse me nurse, I just want to know what exactly happen here? I’ve lost contact with my housemate. I just want to know her condition.’ Terang Sakinah panjang lebar.

‘sorry miss. We are told not to give any information right now as the situation is not really stable. We were informed that you are a student from Malaysia. So, within a few hours there will be representatives from Malaysia will take care of you.’

Jawapan yang diterima sangat mengecewakan Sakinah.

Kerisauan dia terhadap Aimi semakin meningkat sebaik sahaja menonton televisyen yang memaparkan keadaan rusuhan semakin teruk. Pemerintahan raja yang diktator menyebabkan rakyat bertindak agresif menggulingkan pemerintah dan rakyat menjadi mangsa.


sampai sini dulula...ingt nk wat cite pendek je tup2 dah melalut pnjg..

tunggu sambungan yang seterusnya..

komen kalian amat diperkukan untuk menilai cerpen ni

diri ini tidak mempunyai bakat untuk menulis tetapi sekadar mengisi masa senggang...

salam..

Saturday, February 5, 2011

H.O.L.I.D.A.Y











salam percutian semua....

walaupun cuti dh nk habis tapi tula yang sebenarnya peringkat yang penting

UPDATE BLOG!!!
lama jugakla blog n tak diupdatekan disebabkan kesibukan yang terlampau
juga kemalasan yang tak terhingga disebabkan tiada bahan yang seronok..

percutian yang sangat seronok

reason: terus terang aku kata nilah kali pertama aku lihat kawsan padi atau sawah secara LIVE...
dapat pegang lagi
bukan tu je kat situ jugkala aku tgk macam2 bnda yang baru...

dibesarkan kat KL ni bnyk bnda yang aku tak tau rupanya...

jumpa dgn sepupu lagi satu hal..
ya ALLAH sume dah membesar. dan paling tak sangka mereka sangatt mengalu-alukan kehadiran kami sekeluarga
sangat terharu
terima kasih banyak2
sebenarnya aku tak tau nak tulis ape sebab aku rasa sangat takk terungkap kata2 melihat kebesaran illahi...

ni je photo2 yang boleh dikongsikan






" ang tak mau bg aku duit ka, sekupang pun jadila"