Friday, May 18, 2012

JIKA INGINKAN SESUATU, BERHARAPLAH….



Salam semua…

          Mengharap atau bergantung harap bukanlah satu perkara yang salah. Kadangkala, apabila kita memendam harapan, terdengar suara-suara sumbang yang akan berkata

“wei, jangan nak mengharap sangat, nanti kau frust baru tau…”.

“beb, aku tak kisah kau nak simpan harapan setinggi gunung kinabalua tau everest, tapi aku takut kau kecewa je nanti”…

(peace ek, sape yang terasa tu…sekdar pandangan peribadi sahaja) J J J
But, what my mom told me is totally different…
My mom said..

“tak salah pun nak letak harapan setinggi mana pun. Berharaplah selagi mana kita manusia, sebab manusia sentiasa berharap agar dia sedar bahawa setiap yang mereka inginkan takkan jatuh bergolek depan mata”

“berharaplah sebab dengan harapan, kita nampak tujuan dan matlamat dalam hidup ini. hidup bermatlamat tetapi gagal mencapai matlamat tersebut jauh lebih elok daripada hidup dalam kejayaan tetapi tiada matlamat. Ibarat pemain hoki yang hebat tetapi tak tahu arah mana bola tersebut mahu dipukul (that last part is my words)…

“Allah takkan hampakan hambanya yang sering berharap DAN berdoa… simpan harapan dan keep on praying. Mungkin bukan sekarang Allah tunaikan keinginan tu, mungkin tahun depan, atau 10 tahun akan datang…selagi mana belum tercapainya harapan itu, berharaplah…..”

p/s: mom always know the best for her daughter… betul lah kata pepatah pengalaman mematangkan diri…

again, thank you mak….
I keep all my wish in a list so that I wont forget that I have wishes in my life…may Allah gives the best for me…
Panjat gunung kinabalu
Panjat tembok besar china
Salam…


satu lagi, kalau berharap takde usaha tak guna jugak! peace~~~

Friday, May 4, 2012

Suatu pencarian…


Salam…

Situasi : berjalan di sebuah koridor sambil pandangan dilemparkan di suatu kawasan lapang..

Keadaan yang penat dan panas menyebabkan sedikit keluhan terkeluar dari mulut….
‘bukan ini yang aku nak, aku tak mau situasi macam ni….macam budak sekolah’
‘ 11 tahun jadi budak sekolah takkan sekarang pun masih nak jadi budak sekolah lagi’
Bosan…bosan..bosan…

Malas aku nak pergi kelas lepas ni…
Manusia, kadangkala mesti ada yang terpikir apa yang dia nak, mesti tak dapat…

Jawapan yang common orang akan jawab

‘Allah gives what you need not what you want’
Yup, I totally agree.

Cuma, pernah tak kita terfikir kenapa kita sendiri yang tak cari perubahan tu…
Kalau persekitaran tu tak boleh diubah, diri sendirilah yang perlu berubah..
Susah itu memanglah, mana ada manusia yang hidup senang-lenang dalam dunia ni..
Jika permulaan dimulai dengan kesusahan, maka kemanisan akan menunggu di pengakhiran.

(update di keheningan pagi)

Sekian…

Wednesday, May 2, 2012

TAK SUKAR NAMUN TAK SUSAH


Salam….
Katakanlah anda merupakan seorang pelukis yang hebat, anda  diberi sehelai kertas, sebatang pen, dan sebatang pensel…..

Untuk melukis sesuatu yang indah, anda perlu memilih sama ada pen atau pensel. Namun perlu diingatkan bahawa pemilihan yang dibuat adalah kekal dan tidak boleh ditukar …. Sukar untuk memilih jika kedua-duanya adalah yang terbaik..

Terlalu sukar sehingga kadang-kadang menutupi kewarasan akal dalam melakukan pemilihan ini. itulah lumrah kehidupan, sentiasa berada di dua persimpangan jalan. Setiap jalan yang diambil memberi kesan yang berbeza sama ada bahagia, derita, sedih dan gembira.

Sekian….

Salam.