Memories that never fade away
Farewell IPG TEKNIK KUALA LUMPUR.
3 and the half years,
Tought me a lot
- friendship and hardship
Farewell 2011,
I become more matured in handling things, feelings, and
works..
It ‘s not easy when it comes to handle people, works, and
feelings at the same time
They can say whatever
they wanna say without knowing the truth…Allah knows more
2011 ,
I’ ve lost one of my best friend ever. The one who gave me inspiration to stand
still, to endure all the pains
May Allah bless you there. I wont forget you my dear
friends.
Truthfully, I miss you a lot…
AL-FATIHAH~~~
Tika bibir tidak mampu bersuara
Biarlah tinta menari meluahkan rasa
2011 berlalu
meninggalkan seribu satu kenangan..
Syukur
kerana masih diberi peluang bernafas menghirup udara segar 2012.
Antara
percaya atau tidak, 2011 berlalu begitu pantas. Episod suka dan duka banyak
mewarnai dunia.
Menjengah
2012, satu episode yang begitu asing dan terlalu mencabar buat aku.
Anatara percaya
atau tidak, aku rasakan kehidupan semakin hari semakin mencabar.
Kadangkala,
aku rasakan diriku seperti seorang manusia yang terkapai-kapai seperti bernafas
dalam air. Sukar, letih dan penat.
3 gabungan
perkataan yang aku rasakan begitu sinonim. Namun, aku harus sedar dan terus
tabah dalam melalui denai-denai kehidupan.
Berputus
asa??? Tidak sama sekali. Pegangan manusia itu perlu berpaksi pada kepercayaan
kepada Allah’
‘Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya.’
Terdetik
dalam hati , mengapa perlu untuk berputus asa sedangkan Allah itu penyayang dan
pemurah.
“Kalau nak marah pun, agak-agak
la. Kita bukan budak kecik lagi. Sesuka hati je nak tengking-tengking.
Menyampah betul aku”. Bentak Liyana sambil mencebik kan muka nya.
“ Memang
pun. Bajet bagus la tu. Ingat aku kisah sangat dia ketua pengawas? Kabel aku lagi besar la.
Pergi mampus
la si Fatin tu !”. Lantang bersuara Izara meluahkan amarah yang telah lama
terpendam.
Derap tapak
kaki puan Anisah sudah cukup untuk membuatkan perasaan takut mula menular dalam
jiwa kedua insan yang membara amarahnya. Namun, amarah yang membara hanya cukup
sekadar diluahkan di mulut. Untuk lantang bersuara tidak sama sekali di hadapan
Puan Anisah..
“ Apa lagi masalah kamu berdua
ni? Tak cukup-cukup nak tunjuk samseng ke? Saya dah bosan terima aduan demi
aduan tentang kamu berdua. Apa lagi yang kamu nak? Rotan? Denda?. Cikgu rasa kamu
dah lalui semua tu. cikgu rasa untuk peluang terakhir ini, kamu akan dikeluarkan
daripada sekolah ini”. Luah Puan Anisah. Namun, bagi Liyana dan Izara yang
sudah keras hatinya, teguran itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Masuk
telinga kanan keluar telinga kiri.
“ Kau rasa kita kena buang
sekolah ke? Aku takut la pulak kalau kena buang sekolah, nanti mana aku nak sambung belajar?”
Kerisauan mula menjalar dalam diri Liyana.
“ Apa susah,
kau jadi je la suri rumah berjaya. Kau kahwin dengan si Farid tu. nanti kau
suruh la dia tanggung kau. Dia pun memang tergila-gilakan kau pun. Kau terima
la dia. Aku tengok memang dah separuh angau dia dekat kau. Handsome ape dia tu.
Kaya pun kaya. Kalau aku, memang aku sambar, belai dia baik-baik. Hidup pun senang”.
Terang Izara panjang lebar.
Perlu diakui
dengan bermodalkan wajah kacukan, Liyana sememangnya seorang gadis yang cukup
sempurna wajahnya. Mata yang galak itu sememangnya boleh membuatkan mana-mana
jejaka mudah untuk jatuh hati dengannya. Pipinya yang putih gebu disolek dengan
pemerah pipi melengkapkan lagi
kesempurnaan wajah nya itu.
“Gila! Tak mau la aku. Farid tu
kaki perempuan.” Tingkah Liyana.
Nasib kedua
pelajar tersebut masih belum diputuskan. Bagi mereka, dibuang sekolah adalah
bermaksud rantai kebebasan diputuskan. Tiada lagi rantai yang akan mengikat
kakinya. Namun, di sebalik itu, satu agenda rahsia yang telah dirancang rapi
oleh Puan Anisah bakal menemui Liyana dan Izara. Agenda di buang sekolah hanya
satu muslihat tersembunyi. Puan Anisah
amat berharap suatu hari nanti Liyana dan Izara akan berubah menjadi seorang
gadis yang baik.
“What???, no way. No mom, I
won’t go there”. Bentak Izara.
“Please
Izara, janganla macam ni sayang, mama buat semua ni untuk kamu jugak. Mama tak
mau Izara menyesal di kemudian hari. Come on baby, it just for 2 years. Not
more than that. I promise.” Pujuk Datin Zuraidah, ibu kepada Izara. Walaupun seorang
wanita yang berkerjaya dan berpangkat, Datin Zuraidah bukanlah seperti
kebanyakan datin yang lain. Perwatakannya yang senantiasa merendah diri dan
sering menganggap kemewahan yang diperolehi perlu dikongsi dengan orang lain.
Namun, tidak bagi Izara, kemewahan yang dinikmatinya sedikit sebanyak
menjadikan dirinya lupa bahawa setiap nikmat yang diperolehinya tidak akan
kekal lama.
“Hell no! staying there like a
hell. Tolonglah mama, siapa yang hasut mama ni suruh hantar Izara dekat penjara
tu? Izara dah besar mama, bukan budak kecil nak diatur hidup macam robot. Bosan
hidup macam tu”. Bentak Izara.
“ Izara”.
“ No mom! I am not going there. this is
final”.
Jiwa remaja
yang sering memberontak. Itu yang dialami oleh Izara. Keputusan ayah dan bonda
untuk mendaftarkannya ke sebuah sekolah asrama penuh elit menyebabkan jiwa
remaja Izara memberontak. Kemewahan,
kesenangan dan kebebasan yang selama ini akan hilang sekelip mata.
~~~~ akan diupdate...
~~~~ akan diupdate...
No comments:
Post a Comment