As salam
Sekian lama blog tak update. Kesibukan dan kelapangan
silih berganti menjelma..permulaan tahun baru 2013 tidak seperti biasa… cabaran
demi cabaran perlu diharungi.
Mengeluh? Tipu la kalau tak mengeluh. Penat mental dan
fizikal dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.
Berputus asa? Tidak sama sekali. Kehidupan kalau takde
aral dan dugaan ibarat jalan kat highway yang ‘straight’ je. Tak mencabar
langsung.
Banyak benda yang dapat belajar untuk tahun ni. LARIAN
MESRA & KOT. Dua benda besar yang menyebabkan hidup seluruh semester 5
tunggang terbalik.
Raptai, latihan persembahan dan banyak lagi. Penat? Sudah
semestinya. Namun, sedar atau tidak kepenatan yang kita lalui ini baru
sedikit jika dibandingkan kepenatan
rakyat Palestin yang sabar menunggu hampir 60 tahun untuk membebaskan tanah air
mereka bebas dari dinodai dari ISRAEL Laknatullah.
Tetiba jauh
di sudut hati ingin berbicara soal Palestin. Sebuah negara yang menjadi salah
satu tempat suci bagi umat Islam. Sedih dan sakit hati bila lihat rakyat
Palestin diperlakukan sebegitu rupa. Bila pikir-pikir balik, wujudnya Human Rights malahan Animal rights
pun ada. Tapi bila hak manusia Palestin dicabuli, takde sapa nak tegakkan Human
Rights di Palestin.
Kadang-kadang
terpikir juga, sampai bila la tanah Palestin itu akan dibebaskan. Itu satu
persoalan yang selalu bermain di kepala. Namun, pernah tak kita terfikir dengan
keadaan umat islam sekarang yang berpecah-belah, yang tak bersatu dan
kucar-kacir ini, kalau Palestin berjaya dibebaskan dari cengkaman ISRAEL. Pasti
US takkan berdiam diri untuk memerangi Palestin semula. Maka, perancangan dan
strategi akan dibuat dengan lebih teliti. Perciptaan senjata yang lebih canggih
akan dibuat mungkin, serangan yang bertindak berani mati akan dijalankan dengan
harapan pejuang-pejuang islam akan mati sekaligus.
Oleh itu, Allah sebenarnya sedang menguji bukan sahaja
umat Islam Palestin tetapi umat Islam diseluruh dunia untuk sama-sama berjuang
demi negara Palestin.
Negara Islam bukan negara yang mundur. Malahan, negara
Islam sebenarnya lebih kaya dan mampu dengan hasil masing-masing. Namun, satu
masalah utama yang membelenggu masyarakat Islam hari ini adalah kita tak
bersatu dan tak berani untuk berjuang.
Andai kata bial tiba saat umat Islam bersatu bersama
menentang Yahudi, pasti Palestin kan aman lagi.
Namun, semua itu akan tercapai apabila umat Islam
Terislah….(-petikan dr HILAL ASYRAF)
Oleh itu, jom pakat-pakat bantu Palestin… bukan kewangan
dan makanan yang dipinta namun sseuntai doa supaya umat Islam akan terus
berusaha untuk bersatu.
p/s: doa itu senjata ampuh umat Islam.
Yakin dengan Allah.
~sekian~
No comments:
Post a Comment