Wednesday, March 6, 2013

Isu Palestin isu bersama



As salam

Sekian lama blog tak update. Kesibukan dan kelapangan silih berganti menjelma..permulaan tahun baru 2013 tidak seperti biasa… cabaran demi cabaran perlu diharungi.
Mengeluh? Tipu la kalau tak mengeluh. Penat mental dan fizikal dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Berputus asa? Tidak sama sekali. Kehidupan kalau takde aral dan dugaan ibarat jalan kat highway yang ‘straight’ je. Tak mencabar langsung.
Banyak benda yang dapat belajar untuk tahun ni. LARIAN MESRA & KOT. Dua benda besar yang menyebabkan hidup seluruh semester 5 tunggang terbalik.
Raptai, latihan persembahan dan banyak lagi. Penat? Sudah semestinya. Namun, sedar atau tidak kepenatan yang kita lalui ini baru sedikit  jika dibandingkan kepenatan rakyat Palestin yang sabar menunggu hampir 60 tahun untuk membebaskan tanah air mereka bebas dari dinodai dari ISRAEL Laknatullah.

            Tetiba jauh di sudut hati ingin berbicara soal Palestin. Sebuah negara yang menjadi salah satu tempat suci bagi umat Islam. Sedih dan sakit hati bila lihat rakyat Palestin diperlakukan sebegitu rupa. Bila pikir-pikir balik,  wujudnya Human Rights malahan Animal rights pun ada. Tapi bila hak manusia Palestin dicabuli, takde sapa nak tegakkan Human Rights di Palestin.

            Kadang-kadang terpikir juga, sampai bila la tanah Palestin itu akan dibebaskan. Itu satu persoalan yang selalu bermain di kepala. Namun, pernah tak kita terfikir dengan keadaan umat islam sekarang yang berpecah-belah, yang tak bersatu dan kucar-kacir ini, kalau Palestin berjaya dibebaskan dari cengkaman ISRAEL. Pasti US takkan berdiam diri untuk memerangi Palestin semula. Maka, perancangan dan strategi akan dibuat dengan lebih teliti. Perciptaan senjata yang lebih canggih akan dibuat mungkin, serangan yang bertindak berani mati akan dijalankan dengan harapan pejuang-pejuang islam akan mati sekaligus.

Oleh itu, Allah sebenarnya sedang menguji bukan sahaja umat Islam Palestin tetapi umat Islam diseluruh dunia untuk sama-sama berjuang demi negara Palestin.
Negara Islam bukan negara yang mundur. Malahan, negara Islam sebenarnya lebih kaya dan mampu dengan hasil masing-masing. Namun, satu masalah utama yang membelenggu masyarakat Islam hari ini adalah kita tak bersatu dan tak berani untuk berjuang.
Andai kata bial tiba saat umat Islam bersatu bersama menentang Yahudi, pasti Palestin kan aman lagi.

Namun, semua itu akan tercapai apabila umat Islam Terislah….(-petikan dr HILAL ASYRAF)
Oleh itu, jom pakat-pakat bantu Palestin… bukan kewangan dan makanan yang dipinta namun sseuntai doa supaya umat Islam akan terus berusaha untuk bersatu.
p/s: doa itu senjata ampuh umat Islam.
Yakin dengan Allah.
~sekian~

Tuesday, December 4, 2012

SATU TAHUN

SALAM…

Pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya arwah pergi tinggalkan dunia ini..
Allah sayangkan dia lebih daripada kami di dunia ini…  
Alhamdulillah arwah dah kembali kepada sang pencipta..giliran saya? Entahla bila..

Having a year without you, I should say it is a tough though it giving me full of experience..
I am here because of who I am,

And yet, I need to try harder so that I will become a better person day by day..
It is  a tough because I don’t know for whom I will share my thoughts, feelings, and opinions..

but I still realize that I have Allah which is I can rely on.

Allah, Thank you for giving me such a nice friend..
Place him among orang yang beriman..
~~AMIN~~


Tuesday, November 27, 2012

(H.A.R.U)(H.A.R.U)



Tatkala seuntai kata-kata dihadiahkan oleh seorang teman,

tak semesti temanmu itu, seorang yang sempurna..

tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang diciptakan dengan penuh 
kesempurnaan

kecuali para anbiya…

tatkala sebaris cercaan dan hinaan, kata-kata yang menyakitkan hati laju meniti di bibir seorang teman,

tak semestinya temanmu itu seorang yang kejam tidak berhati perut…

setiap manusia yang diciptakan penuh dengan perasaan..

perasaan yang mencorak warna warni arus kehidupan…



: : buku seterusnya yang perlu dibaca oleh segenap manusia~~~~

Thursday, November 1, 2012

Semalam...Sekarang...Esok

Salam

‘lepas adalah sejarah, sekarang ialah detik yang sedang bergerak, esok adalah hari penentuan’

Let by gone be by gone…

Walaupun perit tapi kena terima

sebab..

itu adalah satu anugerah yang tuhan bagi kat manusia supaya dia belajar..
belajar rasa sakit supaya dia akan berusaha untuk tidak menyakitkan hati orang lain
belajar erti kegembiraan supaya dia tahu cara untuk buatkan hati orang lain gembira….
Belajar erti sedih supaya dia tahu bagaimana kesedihan boleh jatuhkan semangat seseorang….


Hidup manusia ini ada struktur dan organisasi…
Macam mana hebat pun seorang manusia itu, eh, korang hidup dalam masyarakat..so, please be a considerable person…

p/s: suddenly, I realize that constructivisme learning can produce students with high order thinking 

Saturday, September 29, 2012

EVERYDAY IS A NEW LESSON



Salam…..

Finally, this is time to update this blog…
Events, activities, assignments…hectic life as a student. Its normal..
Just came back from camping.

Honestly, it was FANTASTIC camping after all..ok la ~~~~~
One thing I learn during camping was..

1) Everyone is not in a comfort zone…including me but still you have to think other people as well..
2) Because of the ‘zone’ statement , I think we need to have an extra inner strength
3) This is something I really agree and TAKE NOTE PEOPLE!!!  ‘mind your words, PLEASE~~’

Few things we actually feel that is a normal situation but actually it is an abnormal when it comes to human feelings.

Respect others so that people will respect you back..
I do belive that life is always fair..

And for few situations that I already faced it. Thank you Allah for giving those opportunities.

At the end of this lesson, I found that even though she/he is your friend, ‘WORDS’  always a best way to hurt people…

~sekadar berkongsi satu pengalaman/situasi yang sukar/susah untuk dilupakan/dimaafkan…

p/s: pesanan untuk diri sendiri juga



Sunday, August 19, 2012

I MISS HIM PART 2


" Takdir dan kehidupan tak dpat dipisahkan...
keinginan yang disemat kemas dalam diri tak semestinya selari dengan ketentuan tuhan...
andai esok kelopak mata masih melihat cahaya sang suria, maka bersyukurlah...
begitu juga dengan ramadhan kali ini....moga2 tahun dpan masih berjumpa dengan bulan mulia ini dan meraikan 1 syawal bersama insan- insan yang tersayang..."

jauh di sudut hati tipula kalau diri ni tak ingat  insan yang hampir setahun meninggalkan dunia yang fana ini.
jauh di sudut hati rasa rindu dengan kata-kata semangat,
jauh di sudut hati ni rasa teringin sekali buka inbox mesej baca mesej2 yang berunsur nasihat

nasihat yang memberi semnagat agar tak putus asa dalam menghadapi dugaan hidup...
katanya : dugaan ini yang Allah bagi sebab dye sayangkan kita .
katanya lagi : amik pengajaran dan belajar dengan ujian.ilmu tak semestinya kena amik dr buku dan guru...
bijak pandai kpernah kata , pengalaman adalah guru yang terbaik...

segala nasihat dan motivasi yng diberikan, mana mungkin untuk melupakan dia yang pergi selama2 lamanya...

*diri ini akan cuba untuk kuat...
katanya lagi : jangan lupa tuhan, Dia sentiasa dengan hambanya...

p/s: harapannya satu hari kita akan berjumpa semula.amin.


Thursday, June 28, 2012

KAGUM


Salam semua…

Secara terus terang, hati meronta-ronta suruh update the next entry….
Bak kata seorang hamba Allah ni: ‘boboy boi 2 wujud sebb ade permintaan-lebih kurgla ayat tu - J
Maka, seperti kebiasaan untuk update blog, mp3 kesayangan diambil dan disumbat kan ke telinga lalu CN BLUE mula menjalankan tugas mereka….




Post kali ni nak kongsi seribu satu pengalaman yang dikira takkan dapat ditukar ganti hatta dengan emas sekalipun…satu pengalaman/memori yang perlu disisip, disusun kemas dalam folder ingatan agar ingatan jangka masa pendek dapat memproses kesemuanya masuk ke dalam folder ingatan jangka masa panjang 

>>>>>> mood MAB tak hilang lagi…

KAGUM UNIT BERUNIFORM

TARIKH : 9 – 14 JUN 2012

LOKASI : IPG KAMPUS PERLIS

PESERTA : currently, this is my fav pic….






Kami mulakan perjalanan hari sabtu pagi…seriously, terdapat sedikit kesilapan maklumat ..punyala ingat hari berlepas hari ahad..tiba-tiba hari sabtu, sedikit menggelabah di situ…

Format KAGUM untuk unit beruniform ni mudah je….walaupun kami satu maktab, tapi, kemudiannya kami dipecahkan kepada unit masing-masing.

Lantas, disinilah bermulanya segala suka-duka kami bersepuluh…..

At first, diri ni tak rasa pape pun..eh jap2 tipula tak rasa penat kan??? Serius penat bila kena pasang khemah  dan stay sampai lewat malam…tapi tak kisah la…

Tapi tak tau la yang lain2..seronok kot jumpa kawan baru…yela bila PENGAKAP bertemu PENGAKAP…maka mereka pun mulala menyanyi

‘apa guna susah hati..’

‘di sini senang di sana senang…’

sepanjang seminggu asyik menyanyi je keje....kami yang penat nak dengar!!!

Banyak la lagi lagu mereka tak tercapai akal nak menghafal nya…

Bila KRS bertemu KRS…maka akan kedengaranlah segala macam tepukan yang ada kat dalam dunia ni….

‘tepuk2 tepuk KRS”

‘tepuk2 tepuk2 terima kasih’

Dan banyak la lagi..maaf, kami PPIM je takde tepukan, takde nyanyian…tapi at least kami cukup makan >>>>> (erkkkkkkkkkkkkkkkkk……(kenyang seminggu kat camp site..nasi sedap!)

masa KAGUM ni jugak , nak dijadikan satu cerita la kan…kami ada seorang ahli unit beruniform yang sangat best, sporting, vanderva dan macam2 lagi la…sehingga layak dapat anugerah untuk KAGUM la kan..(tak yah sebut nama la kita tengok 
gambar je…)

bukan setakat kunci motor je dapat pinjam..kami ada helikopter lagi..korg ade????


Tapi yang paling pelik nya apabila sampai je kat camp site…zapppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Seakan zip yang sungguh kuat ..jarang kami mendengar celotehnya yang sentiasa akan menghiburkan hati..kalau ada pun, orang kata celoteh tahap intermediate bukan advance mcm selalu…kenapa? Sebab dye R.I.N.D.U kami kot  (takpe kami faham~~~)

Sepanjang seminggu kat situ banyak benda yang belajar..kalau dulu mungkin life survival tu kurang tapi serius cakapla after KAGUM..I really believe in myself about life survival…BULUH, PARANG, TALI  semua meninggalkan kesan yang sangat indah dan manis..siapa sangka kan budak Bandar boleh pegang buluh..dah pegang boleh pulak gergaji buluh tu…hebat la kan….i should say  what mr gana said to us..

BELIEVE IN URSELF THAT U ARE DAMN BLOODY GOOD.. 

Ayat yang lebih baik 

BELIEVE IN YOURSELF THAT YOU ARE THE BEST!..

Momen2 yang pasti membuatkan diri ini tersenyum sampai ke telinga :

Buat gajet…

Mula2 dengar perkataan gajet, mati2la ingat gajet tu mcm galaxy tab ke, galaxy note ke dan seumpamanya…. Mana logic kan duk dalam hutan nak guna sume tu…rupa2nya gajet tu mcm ni :

antara salah satu gajet dr pengakap.....


Paling yang takkan dilupakan dalam hidup ni, i did gajet!!!! together  with aini n hanan… apapun pengalaman buat gajet mmg seronok dan penat..tersangat penat..namun, haruss diakui gajet pengakap lagi cantik dan hebat…


Join bantu mula dan kawad (tak mau ingat kawad),  it was my first time and it will be my last time lari pakai kasut kawad ppim tu…dahla sakit, keras, tak cantik, menyakitkan…seminggu jugak la kena tahan sakit but it is ok..pengalaman tuh!!!!!...

Paling takleh blah ialah:

Kak yuni : dik, kitaorg nk g padang besar ni?

Me: ape kak? Sekarang? Nak ikut jugak….

Kak yuni : sekarang, dengan atlet sekali

Me: xpela kak, tak ikut..

Dengan hati berat dan sedih takpe kami tak pegi…..

At last kami pergi jugak  :-P

Bak kata cik lin “ susah bawak UB KAGUM ni, asyik nk bersepuluh je” (senyum  je 

saya mampu)- thank you cik LIN atas pujiaan itu!

Lagi, ofkosla momen2 lulalu n ola oli….

The best game ever lah! Siapa sangka kan, berlainan negeri dapat disatukan dengan sebuah permainan kanak-kanak yang sama….terasa beruntung pulak diri ni dilahirkan awal..zaman sekarang ni, agak2 ada lagi ke budak2 yang main macam kami…??? Hmmmm..

Keterujaan tersebut menyebabkan sehingga kini, nyanyian tu masih melekat dan menjadi siulan antara kami..kah3…(malu untuk mengaku? Just admit it! Tak salah pun)

Buktinya : 

yeahhh...sudah terang lagi bersuluh....
Keadaan menuntut kami untuk jarang terserempak, tapi bila dh jumpa , memang riuh satu KAMPUS IPG PERLIS TU !!!!

Lokasi : sempadan camp site pengakap dan PBSM

Caption: GILA RINDU TEAM IPTEKNIK


          Muka masing2 berubah 360 darjah especially…….(tak yah sebut kot tgk gmbr je dh tau )….



P/s : terlalu bnyk rasanya untuk diungkapkan dengan kata-kata..lantas, biarlah sekeping gambar mengungkap beribu perkataan yang mungkin lebih bermakna…..

hebat macam superman~~~~~~~
walaupun kami bakal guru, kami tetap kami~~~~


Thank you ALLAH for giving me this opportunity getting know all of them..

Salam UB KAGUM 2012

9 JUN 2012-14 JUN 2012

IPG KAMPUS PERLIS…

~ A.R.I.G.A.T.O.U~