salam semua....
uish lama rasanya tak menjengah ke kawasan ni...
but then it is fine and it is normal..student kan~~~
things happen so fast since time flies away...
the facts is time is a gold...
praktikum 2~~
tamat praktikum 2. syukur banyakkkk sangat benda yang dapat belajar and of course it is totally different from 1st practicum. no doubt!
things learnt:
1) some say human is unique and because of the uniqueness, we are special. at first i couldn't really understand the terms but later on, yes i did!
mana tak nya, satu kelas almost 40 students dalam tu, means ada 40 ragam yang perlu dilayani...
weaknesses: im not that good nak layan budak2 yang macam kerenah ni. silap hari bulan.....:-)
so, kesabaran amat diperlukan di sini..
2) membebel....- memang jadi guru ni automatik kena membebel ke? susah kalau ad stigma yang macam ni. but then i should say that is not membebel since it is teacher's job to give the moral values for the students. membebel tak semestinya kena guru perempuan. guru lelaki pun ada yang membebel. so it shouldn't be membebel mungkin kemahiran memberi nasihat.
3) planning- kalau 1st praktikum perancangan sememangnya ke laut, but then kali ni, i do satisfied with all the planning walaupun ada satu dua yang ke laut. but it is ok, human being kan...mana ada perfect 100%. as long as we try and accept all the mistakes.
4) buat sorang2 memang tak best. buat ramai2 jugak yang best. like i said humans are different in their own ways. some say the moon is brighter than the sun. some say the moon bright because of the sun.
Homosapiens kan~~~ unique on their own ways....
~~stop dulu.
p/s: esemen berlambak tapi tula manusia bila tersepit baru nak beringat.. (skill memberi nasihat ni)...
Thursday, September 26, 2013
Monday, July 29, 2013
CHALLENGES
Salam..
Everyday is a new lesson.
Start with
fresh day. Think positive no skeptical minded and always think that Allah is
always with us..
…………………………………………………………………………………………………………
Practicum phase
2 make me feel the real situation of being a teacher. It is not easy like what
people thought. People may seen this as simple as ABC.. but the
reality..urghhh!!!!!!!
Case 1: im
having a difficulty to understand my students’ feeling
Case2 : im
not patience enough to control my student.
Case3: I really
cant understanding why they cant really understand what I thought them. I think
the lesson is simple.
Case4: the
most worst case scenario, I failed in controlling my class (Im not giving up)
See. ..being
teacher is not easy people!
“Teaching is
not a work to be done but it is a pleasure.”
Friday, May 17, 2013
MUDAHKAN SESAMA KITA
Salam semua…
Baru-baru ni, seorang pensyarah kami telah pergi
meninggalkan kami semua..
Al fatihah buat allahyarham Encik Aziz dari unit GERKO..
Sedih dan pilu…bila kenang semula kejadian, insiden dan masa
sebenarnya janji ALLAH tu amat pasti tak lambat atau cepat walaupun sesaat.
Mungkin ayat ni dah biasa dengar tapi mengalaminya dengan
sendirinya seolah-olah memberi kesedaran bahawa semakin meningkat umur ini,,
semakin banyak berita kematian yang sering terdengar di telinga..
Ive met with one of GERKO lec. Dye kata pemergian arwah
betul-betul terasa.
Tapi satu benda yang sukar dilupakan. My lecture said hidup ni sebenarnya penuh dengan peraturan dan
norma yang sangat adil…
What you give you get back
Life is like a cycle
What goes around comes around..
Kita permudahkan kerja orang, insyaallah hidup kita pun akan
dipermudahkan..
Mungkin bukan sekarang, tapi mana tahu saat-saat kita
menghembuskan nafas terakhir, Allah permudahkan urusan terakhir kita kan bumi
ni…
Kalau terasa orang di sekeliling kita banyak menyusahkan
kita sedangkan kita selalu tolong dye.
Its okay! Allah kan ada ---
Saat-saat rasa diri sedih, pilu, takde siapa yang faham,
Allah tetap ada. Mintak kat Allah for sure Allah dengar….kan~
-Peace--SEKIAN--
SALAM~~~
Sunday, May 12, 2013
almost there...
salam semua...
tonight such a beautiful night...
sitting in front of my lappy...
typing...blogwalking...
suddenly..
madhi!!!! study!!!!...
opsss!!! i have paper tommorow..
my first paper after all..
tommorow is my first exam which is EDU paper. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN.
quite tough!
words everywhere...
adrenaline need to be generate.
well. chill and relax! tommorow is going to be fine..
tawakal and doa. tu je..
tu je??
cukup ke?
have faith in ALLAH cause HE knows better..
tawakkal tak semestinya kena berserah...
tawakkal after put effort to it!
tawakkal saje tak guna jugak...
so, dear fellas..
GOOD LUCK for tommorow exam..
may Allah ease our journey for tommorow.
p/s: Harap result cemerlang.... semester 5 doen, 3 more sems to go!.
salam...
Tuesday, April 30, 2013
PRAKTIKUM FASA 1
End of practicum phase 1~~
Kalau ada yang kata praktikum fasa 1 sangat membosankan,
mereka tipu…
Kalau ada yang kata praktikum fasa 1 sangat best, mereka
juga tipu….
Hakikatnya, best atau tidak terpulang pada hemat
masing-masing…
But for me, it was the best memories so far…
Macam-macam perkara yang terjadi pada praktikum yang
pertama.
Seronok tengok gelagat dan ragam murid yang pelbagai.
1- ada yang tak mau belajar tapi
nak main…
2- bila terangkan konsep matematik
dye kata faham, tapi bila kita tanya balik, fahama tau tak murid tu jawab dia
tak faham - konfius kita……
3- kita suruh buat 5 soalan, rajin
la pulak nak buat satu muka surat yang mengandungi 10 soalan.- so, suka hatilah
lagi banyak buat kerja lagi bagus….
4- Ada yang asyik nak duduk depan
je, walaupun hakikatnya murid tu tak sesuai duduk depan.
5- macam biasa yang kita suruh senyap, sampai
habis waktu la takkan senyap
6- paling takleh blah, nama lain
tapi kena panggil dengan gelaran yang lain. kalau tak jangan haraplah nak
sahut.
Konklusinya, murid-murid ini sangat unik dan sangat comel…
hati yang keras pun boleh terpaut dengan kecomelan mereka.
Namun, harus diakui nak ajar budak2 ni bukan senang macam
kupas kacang.
Sangat susah dan payah.
Pecahan agak susah untuk murid faham dan ingat..yela , dah
mereka kurang faham memang susah bagi mereka…
Apa-pun pengalama n kali pertama sangat seronok.
Dapat guru pembimbing yang cool dan sudi memberi tunjuk
ajar. Banyak benda yang dapat dipelajari.
Harap2 praktikum 2 dapat buat dengan cemerlang dan
dipermudahkan segalanya.
" orang kata, hidup tak semestinya indah . langit tak selalu cerah tapi disebalik kegelapan akan muncul pelangi yang indah"
Sekian~~~
Sunday, March 31, 2013
Fasa I
salam semua dan selamat malam..
susah kalau keinginan yang terpendam tak terluah.
namun, hidup ni kena tenang dan sentiasa bersabar
sabar tu penting..
tak semua keinginan hati perlu dituruti
kerna mungkin keinginan itu membawa kepaad kemusnahan.
Allah kan ada.
Dia yang terbaik.
mengadu padaNya mesti dapat jawapan.
Diri ni tak la sebaik mana
Diri ni tak juga se muslimah mana
Diri ni, ilmu pun tak cukup di dada.
tapi,
Diri ni sentiasa ingin jadi dai'
Diri ni sentiasa ingin berkongsi pengalaman
kerna
Diri ni percaya pengalaman adalah satu ilmu yang takkan terjumpa dalam mana-mana buku.
oleh itu,
Diri ni akan berusaha untuk jadi yang terbaik
Diri ni akan berusaha untuk timba ilmu.
'SELAMAT BERPRAKTIKUM'
~amin~
Wednesday, March 27, 2013
SATU PERTEMUAN
Memories that never fade away
Farewell IPG TEKNIK KUALA LUMPUR.
3 and the half years,
Tought me a lot
- friendship and hardship
Farewell 2011,
I become more matured in handling things, feelings, and
works..
It ‘s not easy when it comes to handle people, works, and
feelings at the same time
They can say whatever
they wanna say without knowing the truth…Allah knows more
2011 ,
I’ ve lost one of my best friend ever. The one who gave me inspiration to stand
still, to endure all the pains
May Allah bless you there. I wont forget you my dear
friends.
Truthfully, I miss you a lot…
AL-FATIHAH~~~
Tika bibir tidak mampu bersuara
Biarlah tinta menari meluahkan rasa
2011 berlalu
meninggalkan seribu satu kenangan..
Syukur
kerana masih diberi peluang bernafas menghirup udara segar 2012.
Antara
percaya atau tidak, 2011 berlalu begitu pantas. Episod suka dan duka banyak
mewarnai dunia.
Menjengah
2012, satu episode yang begitu asing dan terlalu mencabar buat aku.
Anatara percaya
atau tidak, aku rasakan kehidupan semakin hari semakin mencabar.
Kadangkala,
aku rasakan diriku seperti seorang manusia yang terkapai-kapai seperti bernafas
dalam air. Sukar, letih dan penat.
3 gabungan
perkataan yang aku rasakan begitu sinonim. Namun, aku harus sedar dan terus
tabah dalam melalui denai-denai kehidupan.
Berputus
asa??? Tidak sama sekali. Pegangan manusia itu perlu berpaksi pada kepercayaan
kepada Allah’
‘Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala
kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya.’
Terdetik
dalam hati , mengapa perlu untuk berputus asa sedangkan Allah itu penyayang dan
pemurah.
“Kalau nak marah pun, agak-agak
la. Kita bukan budak kecik lagi. Sesuka hati je nak tengking-tengking.
Menyampah betul aku”. Bentak Liyana sambil mencebik kan muka nya.
“ Memang
pun. Bajet bagus la tu. Ingat aku kisah sangat dia ketua pengawas? Kabel aku lagi besar la.
Pergi mampus
la si Fatin tu !”. Lantang bersuara Izara meluahkan amarah yang telah lama
terpendam.
Derap tapak
kaki puan Anisah sudah cukup untuk membuatkan perasaan takut mula menular dalam
jiwa kedua insan yang membara amarahnya. Namun, amarah yang membara hanya cukup
sekadar diluahkan di mulut. Untuk lantang bersuara tidak sama sekali di hadapan
Puan Anisah..
“ Apa lagi masalah kamu berdua
ni? Tak cukup-cukup nak tunjuk samseng ke? Saya dah bosan terima aduan demi
aduan tentang kamu berdua. Apa lagi yang kamu nak? Rotan? Denda?. Cikgu rasa kamu
dah lalui semua tu. cikgu rasa untuk peluang terakhir ini, kamu akan dikeluarkan
daripada sekolah ini”. Luah Puan Anisah. Namun, bagi Liyana dan Izara yang
sudah keras hatinya, teguran itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Masuk
telinga kanan keluar telinga kiri.
“ Kau rasa kita kena buang
sekolah ke? Aku takut la pulak kalau kena buang sekolah, nanti mana aku nak sambung belajar?”
Kerisauan mula menjalar dalam diri Liyana.
“ Apa susah,
kau jadi je la suri rumah berjaya. Kau kahwin dengan si Farid tu. nanti kau
suruh la dia tanggung kau. Dia pun memang tergila-gilakan kau pun. Kau terima
la dia. Aku tengok memang dah separuh angau dia dekat kau. Handsome ape dia tu.
Kaya pun kaya. Kalau aku, memang aku sambar, belai dia baik-baik. Hidup pun senang”.
Terang Izara panjang lebar.
Perlu diakui
dengan bermodalkan wajah kacukan, Liyana sememangnya seorang gadis yang cukup
sempurna wajahnya. Mata yang galak itu sememangnya boleh membuatkan mana-mana
jejaka mudah untuk jatuh hati dengannya. Pipinya yang putih gebu disolek dengan
pemerah pipi melengkapkan lagi
kesempurnaan wajah nya itu.
“Gila! Tak mau la aku. Farid tu
kaki perempuan.” Tingkah Liyana.
Nasib kedua
pelajar tersebut masih belum diputuskan. Bagi mereka, dibuang sekolah adalah
bermaksud rantai kebebasan diputuskan. Tiada lagi rantai yang akan mengikat
kakinya. Namun, di sebalik itu, satu agenda rahsia yang telah dirancang rapi
oleh Puan Anisah bakal menemui Liyana dan Izara. Agenda di buang sekolah hanya
satu muslihat tersembunyi. Puan Anisah
amat berharap suatu hari nanti Liyana dan Izara akan berubah menjadi seorang
gadis yang baik.
“What???, no way. No mom, I
won’t go there”. Bentak Izara.
“Please
Izara, janganla macam ni sayang, mama buat semua ni untuk kamu jugak. Mama tak
mau Izara menyesal di kemudian hari. Come on baby, it just for 2 years. Not
more than that. I promise.” Pujuk Datin Zuraidah, ibu kepada Izara. Walaupun seorang
wanita yang berkerjaya dan berpangkat, Datin Zuraidah bukanlah seperti
kebanyakan datin yang lain. Perwatakannya yang senantiasa merendah diri dan
sering menganggap kemewahan yang diperolehi perlu dikongsi dengan orang lain.
Namun, tidak bagi Izara, kemewahan yang dinikmatinya sedikit sebanyak
menjadikan dirinya lupa bahawa setiap nikmat yang diperolehinya tidak akan
kekal lama.
“Hell no! staying there like a
hell. Tolonglah mama, siapa yang hasut mama ni suruh hantar Izara dekat penjara
tu? Izara dah besar mama, bukan budak kecil nak diatur hidup macam robot. Bosan
hidup macam tu”. Bentak Izara.
“ Izara”.
“ No mom! I am not going there. this is
final”.
Jiwa remaja
yang sering memberontak. Itu yang dialami oleh Izara. Keputusan ayah dan bonda
untuk mendaftarkannya ke sebuah sekolah asrama penuh elit menyebabkan jiwa
remaja Izara memberontak. Kemewahan,
kesenangan dan kebebasan yang selama ini akan hilang sekelip mata.
~~~~ akan diupdate...
~~~~ akan diupdate...
Subscribe to:
Posts (Atom)