Thursday, April 26, 2012

Hidup ini indah


salam….

Situasi:  mp3 kesayangan di telinga mendendangkan sebuah lagu.
             Tajuk : Langkah tercipta
             Artis : UNIC

Lumrah hidup sebagai seorang pelajar diberi ujian yang pelbagai.  Tujuannya, supaya kita sentiasa merendah diri dan sedar akan kelemahan yang ada dalam diri….

Tanpa cubaan dan dugaan, hidup seakan-akan pudar ibarat kain putih  yang sentiasa dibiarkan putih tanpa dicorakkan dengan keindahan warna  seindah warna-warninya pelangi….

 Tanpa cubaan, hidup manusia itu kosong, tidak mengenal asal usul kejadian, sombong, bongkak dengan kekuasaan dan kekayaan…
Tanpa cubaan juga, manusia tidak kenal erti kasih sayang dan hakikat cinta. Cinta yang suci dan murni yang akhirnya membawa kepada cinta seorang manusia kepada penciptaNYA.. 

‘semakin berat dugaan dan cubaan itu, semakin dalam cinta Allah kepada hambanya’

‘ dan langkah ku kini terbuka pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkannya ujian di liuar kekuatan setiap diri insan’
Ya Allah pimpinlah diriku untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini, cekallkan hati dan semangat ku kurniakan aku ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata…

P/s: buat teman seperjuangan, cukuplah sekali jangan dibiarkan pisang berbuah dua kali.  Susahnya sekarang sebenarnya melatih diri untuk menghadapi kesusahan yang mendatang.
Bukan senang untuk menjadi baik tapi tak sukar untuk menjadi baik. Setiap pilihan terletak di tangan masing-masing…
Sekian..

No comments: