ANDAI ITU KETENTUAN MU TUHAN, KU TERIMA DENGAN SEPENUHNYA. MUNGKIN INI KAFARAH ATAS DOSA SILAMKU..CUMA, KU MOHON KETABAHAN DAN PERTOLONGAN MU AGAR AKU SENTIASA DI JALAN MU.
“ Honey, will you pass to me the pen? Oh, by the way, what is pen in Malay?”
“It is pen. P-E-N. Why?
“Oh nothing,eager want to know because I l-o-v-e you. So, I need to speak in your language. You can speak English and I can speak your language”. Terang Allen tau nama islamnya Muhammad Rizal Hilman bin Abdullah. Percintaan yang tidak diduganya berakhir ke jinjang pelamin walauapun pertembungan dua budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kehidupan Rizal sebelum memeluk islam terasa kosong dan hanya dipenuhi dengan hiburan dunia. Ketenangan yang ingin dicari menyebabkan dia teringin untuk menyambung pengajarannya di sebuah universiti. Pertembungan dengan Nur Aleesya Umairah merobah segalanya. Bunga-bunga cinta mula berputik di tambah pula mendapat sokongan daripa kedua-dua belah pihak, perjanjian untuk sehidup sematai dimeterai.
“ Ibu, ibu, Sara nak makan ais krim yang uncle tu jual?” Rengek Sara, anak kecil yang berusia 5 tahun. Rengekan Sara mengehentikan lamunan Aleesya.
“Ya, sayang, aiskrim uncle tu? Tak maula, asyik makan ais krim je, nanti rosak gigi anak mama ni. Jomla kita balik, malam ni kita dinner special. Mama masakkan makanan kegemaran Sara”. Kelihatan beberapa titis air mata mengalir di pipi Aleesya. Hari ini genap 3 tahun pemergiaan Rizal ke pangkuaan Illahi. Kuasa tuhan yang mengatur segalanya, kebahagiaan yang dikecapi tidak berpanjangan. Nikmat perkahwinan yang dikecapi diragut sekelip mata. Rizal terbunuh semasa mempertahankan keluarganya daripada dicederakan.
“ alaaaaaa..please ibu, Sara nak sikit je, yang lain ibu makan untuk Sara ok tak?” rayu Sara lagi.
“ No honey, no more ice cream…please… kita dinner kat rumah oke. Hari lain kita makan ais krim kat tempat yang lagi best.”. Pujuk Aleesya.
“Promise?”
“Sure, mama promise. Jom kita balik” Ajak Aleesya.
“Ikmal, apa yang dimenungkan kan tu, meh sini tolong mak jemur ikan kering ni. Pak long kamu kat Kuala Lumpur tu pesan suruh bawak sikit bila kamu pulang kat KL tu:. Laung Mak Timah kepada anaknya Ikmal.
“hmm… tunggu jap mak, Ikmal nak tukar baju dulu. Nak jemur ikan takleh pakai lawa-lawa, tak berbaloi…” Gurau Ikmal
“Haish, budak bertuah ni!” Rungut Mak Timah
No comments:
Post a Comment