tergerak hati untuk membaca bebrapa rtikel di internet
mencari bahan bacaan yang dapat menambah ilmu pengetahuan yang sememangnya cetek...
lantas, ingin juga mencari jawapan terhadap persoalan yang sering berlegar di minda.....
pernah, satu ketika diri ini sering tertanya - tanya...
'mengapa lah aku ni perempuan'
( soalan memang tak masuk akal)
tapi jika kita berfikir sedalam yang mungkin, tak mustahil satu hari nanti
adik perempuan kita,
anak perempuan kita
akan tanya soklan yang sama kerana itulah lumrah manusia
INGIN TAHU!
mengapa
kenapa
apakah....
_______________________________________________________________
( bagi wanita yang masih menganggap satu musibah dilahirkan sebagai wanita)
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
**** nah, beruntung atau tidak dilahirkan sebagai seorang wanita...
**** nah, beruntung atau tidak dilahirkan sebagai seorang wanita...
ALLAH Maha Adil Lagi Maha Bijaksana..
Setiap ape yg ditetapkan penuh dengan hikmah.
No comments:
Post a Comment